Puan Rama - The Teacher in Saree

BIOLOGY

Teacher in Saree

TEACHER'S PROFILE

Teacher Rama lebih dikenali sebagai “The Teacher in Saree” di dunia Biologi. Beliau berpengalaman mengajar Biologi selama 17 tahun di SM Sains Alam Shah dan masih sedang berkhidmat di sana sehingga kini. Teacher Rama berkelulusan Masters in Information Technology (Hons) University Malaya (2006) dan Bachelor in Science with Education (Hons) University Malaya (2003).

Bimbingan dan kepakaran beliau adalah antara faktor yang menjadikan subjek Biologi SM Sains Alam Shah antara 5 teratas di kalangan Sekolah Sekolah Berasrama Penuh dan juga No 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau pernah menjadi Guru Cemerlang Biologi dan merupakan penceramah pakar dalam Teknik menjawab Kertas 2 Biologi SPM. Beliau berpengalaman menanda kertas peperiksaan Biologi di pelbagai tahap. Kepakaran beliau terserlah dan boleh disaksikan melalui video video teknik menjawab kertas 2 Biologi di saluran YouTube “The Teacher In Saree”. Selain itu sumbangan beliau dalam penghasilan video Mudahnya Sains di Rumah diiktiraf oleh JPWPKL.

Teacher Rama fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran penyampaian yang santai tetapi mantap bukan sahaja membuktikan pengetahuan yang mendalam tentang subject matter Biologi tetapi juga kesungguhan beliau mengajar.

Beliau merupakan Jurulatih Utama ETEMS serta merupakan Jurulatih Negeri Kuala Lumpur bagi DSKP KSSM Biologi. Beliau juga berpengalaman  menganjurkan dan terlibat sebagai panel penyampai dalam forum forum berkaitan Biologi bagi guru guru Biologi di pelbagai media. Pemilihan beliau sebagai Jurulatih Utama Negeri berikutan penglibatan beliau secara langsung sebagai Panel Utama Pengubalan DSKP KSSM Biologi di Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepakaran dan sumbangan beliau dalam DSKP KSSM Biologi masih digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghasilkan pelbagai bahan Pendidikan Biologi sehingga sekarang.

 

Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris

Berkelulusan Masters in Information Technology (Hons) University Malaya (2006) dan Bachelor in

Science with Education (Hons) University Malaya (2003)

Panel Pengubal Utama DSKP KSSM Biologi di Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembina Modul Biologi KSSM di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPWPKL

Panel penyampai dalam forum-forum berkaitan Biologi bagi guru guru Biologi.

Penyumbang video Mudahnya Sains di Rumah di bawah naungan JPWPKL

Jurulatih ETEMS Negeri

Jurulatih Utama DSKP Kuala Lumpur

Guru Cemerlang DG44

Pakar teknik menjawab  Biologi Kertas 2

Content creator untuk subjek Biologi di YouTube (The Teacher in Saree)

Penceramah Teknik menjawab Biologi Kertas 2 di Kuala Lumpur

Form 4 - 5