TEACHER'S PROFILE

Puan Ang Ying Chee merupakan guru bahasa Melayu yang telah mengajar selama 21 tahun dan masih dalam perkhidmatan.

Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan pernah menjadi guru bahasa Melayu eduwebtv.com dalam segmen interaktif.

Beliau juga telah bertugas sebagai salah seorang panel pruf muka surat buku teks baharu KSSM bawah BBT Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2015-2017.

Cikgu Ang juga merupakan Jurulatih Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor & Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama serta giat memberi ceramah & bengkel teknik menjawab BM SPM.

Kajian tindakan beliau yang bertajuk ‘Kuih Kacang Cecah Santan’ telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kajian Tindakan (Menengah) bersempena dengan Majlis Anugerah Kualiti 2013. Beliau turut terlibat dalam Professional Learning Community (PLC) yang dijalankan pada tahun 2014 dan kini aktif melibatkan diri dalam kajian tindakan untuk meningkatkan minat dan prestasi murid dalam subjek Bahasa Melayu. Tiga kajian tindakan beliau juga telah terpilih untuk dibentangkan dalam Seminar Budaya Pendidikan Cemerlang antara tahun 2013-2015.

Beliau merupakan guru yang sentiasa beriltizam tinggi untuk membantu murid meningkatkan penguasaan BM. Bagi beliau, semua murid mampu menjadi murid A+ dengan teknik dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran. NOTHING IS IMPOSSIBLE – jom jadi murid A+

FREE CLASS

Form 4 - 5