Cikgu Quna (Pn YM Tengku Noorhalina)

MATEMATIK

TEACHER'S PROFILE

Pn YM Tengku Noorhalina Binti YM Tengku Ahmad Putra mempunyai pengalam mengajar selama lebih daripada 17 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Sains Kepengetuaan dari Universiti Utara Malaysia dan mendapat Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sebagai seorang Guru Cemerlang Matematik DG 48, beliau memang dikenali ramai disebabkan oleh profile beliau yang mantap. Selaku seorang Jurulatih Utama Kebangsaan, Jurulatih Utama Negeri Kelantan dan Penceramah Teknik Menjawab bagi subjek Matenatik PT3 mahupun SPM. Beliau memang fasih dengan silibus Matematik dan berkeupayaan untuk membantu pelajar di bawah bimbingan beliau mencapai keputusan SPM dan PT3 yang cemerlang. Pengalaman beliau yang terlibat dalam Panel Pembina Item Negeri Kelantan juga merupakan satu kelebihan yang sentiasa dicari oleh ibubapa yang ingin membantu anak-anak mereka mendapat keputusan yang  cemerlang dalam peperiksaan.

Berikut adalah sumbangan beliau selama  bergelar Guru Cemerlang Matematik:

  • Guru DidikTv KPM

  • Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM Matematik Tingkatan 4&5
  • Jurulatih Utama Kebangsaan Pedagogi Matematik
  • Jurulatih Utama Kebangsaan Penggunaan Bahan HEBAT Matematik dan Sains

  • Jurulatih Utama Kebangsaan dan Penceramah Inspirasi YaPEIM Zon Timur

  • Jurulatih Peringkat Negeri Matematik JPN Kelantan

  • Penggubal Modul YaPEIM Peringkat Kebangsaan

  • Pembentang Kajian Tindakan Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan

  • Pembentang Kajian Tindakan Konvensyen Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan

  • Pembentang Inovasi dan Kajian Tindakan di Konferensi Kajian Tindakan dan Invasi Peringkat Negeri Kelantan

  • Penggubal Panel Item Majlis Pengetua Malaysia Kelantan

  • Penggubal Modul G-Cakna JPN Kelantan

  • Penggubal Modul A Plus JPN Kelantan

  • Penceramah Program Straight A JPN Kelantan

  • Penceramah Program Kolaboratif JPN Kelantan

  • Penceramah Jemputan Sekolah-sekolah sekitar Kelantan dan Terengganu