Cikgu Nur

FORM 4 & 5 SPM Cemerlang Perniagaan

TEACHER'S PROFILE

Cikgu Nur merupakan seorang guru akademik bagi subjek Perniagaan di Kuala Lumpur. Beliau memiliki Channel YouTube pendidikan ; CIKGU NUR TV yang mempertontonkan video-video pdpc bagi subjek Perniagaan dan Matematik. Beliau mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) -UKM serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan -UKM dan kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran pada tahun ini. Baru-baru ini Cikgu Nur telah dilantik menjadi Cikgu Inovasi Pendidikan bagi subjek Perniagaan di seluruh Malaysia dan Cikgu Inovasi Pendidikan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah kelolaan CikgooTube. Cikgu Nur sangat kreatif dalam membantu murid-murid terutama dalam mengingati fakta-fakta dalam topik Perniagaan dengan menggunakan kaedah lagu, flash card, story board dan pelbagai kaedah kreatif yang lain. Beliau juga fokus kepada teknik menjawab soalan dan mempunyai strategi tersendiri dalam membantu murid-murid mencapai sekurang-kurangnya Cemerlang bagi subjek Perniagaan. Beliau berpegang pada prinsip “Study Smart” dan “Fun Learning” untuk mencapai kejayaan.

  • Appointed as country's "Cikgu Inovasi Pendidikan"

  • Teaches Perniagaan

FREE CLASS

Form 1 - 3

Form 3 - 5