Cikgu Jay

Cikgu Jay

TEACHER'S PROFILE

• Anugerah Pendidik Kreatif anjuran Berita Harian 2017
• Anugerah Pendidik Kreatif anjuran Berita Harian 2017
• Pingat emas pertandingan Inovasi PIK dalam PDPC BM 2019
• Anugerah Guru Ikon Daerah Hulu Langat
• Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor
• Penceramah tersohor subjek BM untuk sekolah-sekolah Malaysia
• Pemilik chanel YouTube Cikgu Jay dengan 19k subscriber

Sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Penang, Encik Mohamad Jalil Mohamad Yunus yang lebih dikenali sebagai Cikgu Jay, telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Most Influential Advocate’ dalam sebuah pertandingan anjuran FrogAsia. Pertandingan ini dinilai 20% undian orang awam dan 80% pembentangan berkaitan dengan kategori yang dipertandingkan. Beliau juga memenangi Anugerah Pendidik Kreatif anjuran Berita Harian sekitar tahun 2017.
Pelbagai anugerah yang lain juga pernah diraih selama berkhidmat sebagai pendidik ke arah pembelajaran abad ke-21. Antaranya pingat emas dalam pertandingan Inovasi PIK dalam PDPC BM 2019, Anugerah Guru Ikon Daerah Hulu Langat, dan Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor.
Cikgu Jay juga merupakan salah seorang daripada penceramah PT3 Berita Harian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kebiasaannya, dengan kelebihan dalam bidang ICT yang merentasi Bahasa Melayu, Cikgu Jay membawa kelainan dalam slot ceramahnya dengan permainan interaktif ‘Kahoot’. Perserta seminar amat teruja dengan kelainan yang dibawa. Dengan gaya selambanya, beliau sering digemari dan menjadi penceramah kegemaran sehingga diminta oleh sekolah-sekolah untuk diundang memenuhi slot seminar, terutamanya dari kelompok sekolah MRSM.
Cikgu Jay ialah seorang pendidik yang memegang prinsip ‘Jadilah seorang guru biasa yang biasanya melahirkan murid yang luar biasa’.