CIKGU ABDUL JABBAR

Jomlah Belajar Geografi

TEACHER'S PROFILE

Cikgu Abdul Jabbar merupakan guru subjek Geografi di negeri Johor. Beliau merupakan pengasas beberapa channel telegram antaranya pendidik4u dan Jomlah Belajar Geografi. Minat beliau dalam bidang Geografi tidak dapat disangkal lagi apabila terlibat dalam pelbagai program demi memartabatkan subjek Geografi di sekolah. Antaranya ialah merupakan Pemangku Guru Cemerlang Geografi, Setiausaha Persatuan Pendidik Geografi Malaysia, Ahli Panel Penilai Buku Teks KSSM Geografi dan sebagainya. Beliau pernah menulis artikel dan disiarkan dalam sisipan Minda akhbar Berita Harian pada tahun 2015. Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 2019, beliau telah mengasaskan Kelas Bimbingan Geografi Bersama Cikgu Abdul Jabbar untuk para pelajar di seluruh negara bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran Geografi dengan cara mudah dan berkesan. Pada akhir tahun 2020, beliau akan berkonvokesyen setelah tamat pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang Psikologi Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Dalam bidang teknologi pendidikan beliau banyak berkongsi dengan rakan-rakan guru tentang penggunaan sesuatu aplikasi bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa menguruskan sesuatu tugasan yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, beliau berpegang pada matlamat bengkongsi untuk manfaat bersama.

  • Text book author

  • Teaches Geography

FREE CLASS

Form 1 - 3

Form 3 - 5