BIOLOGY

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Oct-December 2020 Package

Group

11 people or more

Join Now >

FORM 4 – NUTRISI – BAB 9

Nutrisi VS Nutrien

  • Nutrisi adalah proses dimana organisma memperoleh tenaga dan zat makanan
  • Nutrien adalah zat-zat yang terkandung didalam makanan

Jenis Nutrisi

  • Autotrof – Organisma yang boleh sintesis makanan sendiri. Terbahagi kepada fotoautotrof (menggunakan cahaya matahari) dan Kemoautotrof (menggunakan bahan kimia)
  • Heterotrof – Organisma yang tidak boleh menghasilkan makanan sendiri & perlu mendapatkan tenaga dan nutrisi dengan memakan organisma lain. Heterotrof pula dibahagikan kepada holozoik, saprofitisme & parasitisme

Gizi Seimbang

Gizi seimbang adalah gizi yang mengandungi semua jenis kelas makanan dalam kuantiti yang berpatutan. Kelas makanan terdiri daripada Karbohidrat, Protein, Lipid (ketiga-tiga tersebut boleh membekalkan tenaga), Vitamin, Mineral, Pelawas & Air.

Senarai dibawah menerangkan fungsi kelas-kelas makanan tersebut.

Fungsi nutrisi kepada badan manusia

Karbohidrat, Protein & Lipid adalah bahan utama yang memberikan tenaga kepada badan, tanpa tenaga, jantung tidak boleh berdenyut, otak tidak boleh berfungsi, ginjal tidak boleh menapis darah dan sel tidak dapat berfungsi.

Maka, penghadaman makanan adalah sangat penting bagi mengambil makanan kompleks dan menjadikanya molekul ringkas bagi respirasi sel

Penghadaman bermula dari rongga bukal dalam mulut dan berakhir didalam kolon atau usus besar. Salur penghadaman ini digelar sebagai tiub alimentary. Pelbagai jenis enzim penghadaman berfungsi untuk memecahkan makanan kompleks kepada makanan ringkas. Proses ini dikenali sebagai “Pencernaan”

Sistem Penghadaman Manusia

Penyerapan dan Asimilasi

Setelah makanan dipecahkan kepada molekul yang paling ringkas, nutrisi tersebut akan diserap oleh usus kecil dan disalurkan kepada sel-sel badan bagi proses asimilasi.

Struktur yang bertanggungjawab untuk memastikan makanan tersebut akan diserap setelah dicernakan adalan vilus yang terdapat didalam dinding usus kecil.

Karbohidrat : Kanji > Maltosa > Glukosa > Kapilari darah (Vilus) > Vena Portal Hepa > Hati

Protein : Protein > Peptida & Polipeptida > Asid Amino > Kapilari darah (Vilus) > Vena Portal Hepa > Hati

Lipid : Lipid > Titisan Lipid > Asid Lemak & Gliserol > Lakteal (Vilus) > Sistem Limfa > Sel Badan

Asimilasi

Proses dimana molekul ringkas hasil pencernaan, diserap dan digunakan untuk membina sebation kompleks semula atau komponen struktur sel yang berlaku dalam didalam hati dan sel-sel badan.

Proses ini adalah penting untuk membina molekul-molekul penting seperti hormon, antibodi, enzim dan sebagainya. berikut adalah jadual asimilasi bagi molekul-molekul penting didalam badan.

Penyahtinjaan

  • Proses penghasilan najis oleh usus kecil
  • makanan tidak dicernakan seperti pelawas, sel-sel mati, bahan toksik, air berlebihan, hempedu dan bahan buangan lain memasuki usus besar dari usus kecil
  • Tinja bergerak perlahan didalam kolon melalui proses perilstalsis
  • Dinding usus kecil menyerap air dan zat dan membentuk tinja.
  • Dinding usus juga merembeskan mukus untuk melicinkan pergerakkan tinja.
  • Tinja akan disimpan didalam rektum sebelum dikeluarkan oleh dubur.
  • Proses ini dikenali sebagai penyahtinjaan dan berfungsi menyingkirkan bahan makanan yang tidak boleh dicernakan bersama-sama dengan bahan toksik badan.

Masalah berkaitan sistem pencernaan

Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang berkenaan dengan sistem pemakanan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Tabiat pemakanan yang sihat seperti makan pada masa yang sesuai dalam kuantiti yang sesuai, mengelakkan makanan ringan dan penuh dengan gula, garam dan bahan pengawet harus diamalkan.

* imej & diagram diambil daripada buku Kunci Emas, Penerbitan Sasbadi