Jeyakumar Govindan

5/5

Teachers Profile:

Saya, cikgu Jeyakumar Govindan mempunyai pengalaman mengajar di sekolah harian kerajaan selama 26 tahun dan di kolej swasta selama 6 tahun di Kuala Lumpur. Kelayakan akademik tertinggi saya ialah Ijazah Sarjana Lanjutan (M.ED) dari Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Sosial pada tahun 1998, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ed.Hons) pada tahun 1989 dalam bidang pengkhususan Ekonomi Pentadbiran . Saya juga memegang Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Raja Melewar.

Saya mengajar matapelajaran Ekonomi Asas dari tahun 1989 hingga 2017 dan mula mengajar matapelajaran Ekonomi bermula dari tahun 2017 hingga kini. Setiap tahun peratusan kelulusan SPM bagi subjek Ekonomi di sekolah saya sentiasa melebihi 90% dan 2 tahun kebelakangan, iaitu pada 2018 dan 2019 memperolehi 100% lulus. Saya juga dengan bangganya memaklumkan 30% daripada calon matapelajaran Ekonomi SPM 2019 memperolehi gred A. Pada tahun 2010, 2016 dan 2019 saya telah menerima anugerah Panitia Cemerlang bagi subjek Ekonomi di sekolah. Saya juga menyandang jawatan Guru Cemerlang Ekonomi. Saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004 dan 2013.

Sebagai guru yang berpengalaman, saya dilantik menjadi Jurulatih Utama JPWP bagi subjek Ekonomi . Tugas saya sebagai Jurulatih Utama adalah untuk melatih guru-guru baharu, teknik mengajar subjek Ekonomi dan melatih guru-guru teknik menanda soalan esei Ekonomi . Selain itu, saya juga terlibat dalam menggubal soalan peringkat negeri. Saya menjadi menjadi penceramah teknik menjawab matapelajaran Ekonomi semenjak tahun 2000 sehingga sekarang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

View My Classes >

5/5

Teachers Profile:

Cikgu Zalipah merupakan seorang guru cemerlang Fizik yang mempunyai pengalaman mengajar Fizik di SBP selama 18 tahun. Beliau telah menamatkan Pengajiannya di UNIPUTRA Malaysia dengan Bacelor Sains Major Fizik dan KPLI Major Fizik di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Beliau mendapat anugerah Guru Cemerlang Fizik pada tahun 2009. Beliau merupakan penceramah untuk lebih 30 buah sekolah memberikan ceramah dalam Program Kecemerlangan SPM di sekolah-sekolah sekitar Zon Tengah dan juga Zon Selatan. Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar tuisyen samada secara perseorangan atau berkumpulan sejak tahun 2002. Beliau pernah memberikan ceramah pada guru-guru baharu tentang Teknik Penandaan Kertas 2 Fizik SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi Guru Sumber bagi guru-guru Fizik di JPNWPKL. Teknik pengajaran beliau yang lebih suka menggunakan silmulasi, video, eksperimen dan pelbagai teknik pengajaran yang menarik dapat menarik minat pelajar merasakan belajar Fizik itu mudah dan menarik. Sepanjang pengalaman beliau mengajar di SBP, kedudukan pencapaian matapelajaran Fizik Kebangsaan tidak lebih dari tempat ke 10. Tips dan ramalan yang beliau berikan telah membantu ramai pelajar untuk mendapat A+ bagi subjek Fizik setiap tahun. Fizik dan pendidikan telah sebati dalam jiwa beliau sehingga ke hari ini. Minat beliau dalam bidang pendidikan amat mendalam demi matlamatnya untuk membanu anak bangsa menjadi insan yang berguna , cemerlang dan berjasa untuk negara.
Beliau berpegang pada prinsip kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha yang konsisten. Sesuatu yang sukar akan jadi mudah sekiranya adanya minat dalam diri untuk mendalami sesuatu bidang yang diminati. Kejayaan hanya akan hadir dengan adanya ilmu dan beruasaha secara konsisten dalam apa bidang yang diceburi.

View My Classes >