Our Teachers

Bahasa Melayu

Cikgu Jay

Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor

Teaches Bahasa Melayu


Sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Penang, Encik Mohamad Jalil Mohamad Yunus yang lebih dikenali sebagai Cikgu Jay, telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Most Influential Advocate’ dalam sebuah pertandingan anjuran FrogAsia. 

  • Anugerah Pendidik Kreatif anjuran Berita Harian 2017
  • Pingat emas pertandingan Inovasi PIK dalam PDPC BM 2019
  • Anugerah Guru Ikon Daerah Hulu Langat
  • Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor
  • Penceramah tersohor subjek BM untuk sekolah-sekolah Malaysia
  • Lebih daripada 6.4 ribu pelanggan di saluran YouTube.
Puan Ang

Puan Ang

Guru Cemerlang

Teaches Bahasa Melayu


Puan Ang Ying Chee merupakan guru bahasa Melayu yang telah mengajar selama 21 tahun dan masih dalam perkhidmatan.

Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan pernah menjadi guru bahasa Melayu eduwebtv.com dalam segmen interaktif.

Beliau juga telah bertugas sebagai salah seorang panel pruf muka surat buku teks baharu KSSM bawah BBT Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2015-2017.

Cikgu Ang juga merupakan Jurulatih Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor & Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama serta giat memberi ceramah & bengkel teknik menjawab BM SPM.

Kajian tindakan beliau yang bertajuk ‘Kuih Kacang Cecah Santan’ telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kajian Tindakan (Menengah) bersempena dengan Majlis Anugerah Kualiti 2013. Beliau turut terlibat dalam Professional Learning Community (PLC) yang dijalankan pada tahun 2014 dan kini aktif melibatkan diri dalam kajian tindakan untuk meningkatkan minat dan prestasi murid dalam subjek Bahasa Melayu. Tiga kajian tindakan beliau juga telah terpilih untuk dibentangkan dalam Seminar Budaya Pendidikan Cemerlang antara tahun 2013-2015.

Beliau merupakan guru yang sentiasa beriltizam tinggi untuk membantu murid meningkatkan penguasaan BM. Bagi beliau, semua murid mampu menjadi murid A+ dengan teknik dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran. NOTHING IS IMPOSSIBLE – jom jadi murid A+

English

Cikgu Jarod Yong

Master's Degree Holder (Ivy League University)

Teaches English


Fondly known as “The Jungle Teacher” for my work at a secondary school in the jungles of Borneo, I’m currently teaching English at the Sarawak State Sports School. I specialize in working with students to ace their SPM 1119 English. Nonetheless, I also produce YouTube videos/interviews, speak at international conferences, as well as conduct workshops for both teachers & students. With degrees from Columbia University and Victoria University of Wellington, I’ve also taught English at various institutions in New York City, including Columbia University, City University of New York, Fordham University, NYLC, ALCC & AMPHS. Additionally, I am an alumnus of the following fellowships: Fulbright, TEDx, YSEALI, & Haggai. In case you’re wondering about my English proficiency, my TOEFL score was 119/120 and the MOE has placed me at C2 of CEFR. Do you know many teachers who can prove their language abilities? Having resided around the world, I have seen Malaysians outshine their peers time & time again. I’m back in my tanah air to address this fundamental question: Why can’t we have more of this for more students in Malaysia? During this first month of MyTuition.live, I’ll share my most valued writing lessons for free. Even if you missed the live lessons, I will share the highlight videos. Make the best of them. I’m counting on you to lead Malaysia into the 21st century. Finally, I love tempoyak, laksa, football & motorbikes. Feel free to tag me on social media & I look forward to seeing you in class! Bless you & thank you for taking the time to read this! Stay safe!

Matematik

Cikgu Quna (YM Tg Nurhalina)

Jurulatih Utama & Guru Cemerlang

Teaches Matematik


Pn YM Tengku Noorhalina Binti YM Tengku Ahmad Putra mempunyai pengalam mengajar selama lebih daripada 17 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Sains Kepengetuaan dari Universiti Utara Malaysia dan mendapat Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sebagai seorang Guru Cemerlang Matematik DG 48, beliau memang dikenali ramai disebabkan oleh profile beliau yang mantap. Selaku seorang Jurulatih Utama Kebangsaan, Jurulatih Utama Negeri Kelantan dan Penceramah Teknik Menjawab bagi subjek Matenatik PT3 mahupun SPM. Beliau memang fasih dengan silibus Matematik dan berkeupayaan untuk membantu pelajar di bawah bimbingan beliau mencapai keputusan SPM dan PT3 yang cemerlang. Pengalaman beliau yang terlibat dalam Panel Pembina Item Negeri Kelantan juga merupakan satu kelebihan yang sentiasa dicari oleh ibubapa yang ingin membantu anak-anak mereka mendapat keputusan yang  cemerlang dalam peperiksaan.

Berikut adalah sumbangan beliau selama  bergelar Guru Cemerlang Matematik:

  • Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM Matematik Tingkatan 4&5
  • Jurulatih Utama Kebangsaan Pedagogi Matematik
  • Jurulatih Utama Kebangsaan Penggunaan Bahan HEBAT Matematik dan Sains
  • Jurulatih Utama Kebangsaan dan Penceramah Inspirasi YaPEIM Zon Timur
  • Jurulatih Peringkat Negeri Matematik JPN Kelantan
  • Penggubal Modul YaPEIM Peringkat Kebangsaan
  • Pembentang Kajian Tindakan Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan
  • Pembentang Kajian Tindakan Konvensyen Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan
  • Pembentang Inovasi dan Kajian Tindakan di Konferensi Kajian Tindakan dan Invasi Peringkat Negeri Kelantan
  • Penggubal Panel Item Majlis Pengetua Malaysia Kelantan
  • Penggubal Modul G-Cakna JPN Kelantan
  • Penggubal Modul A Plus JPN Kelantan
  • Penceramah Program Straight A JPN Kelantan
  • Penceramah Program Kolaboratif JPN Kelantan
  • Penceramah Jemputan Sekolah-sekolah sekitar Kelantan dan Terengganu

Cikgu Wong

Top Scorer in Matematik

Teaches Matematik


Has a Diploma in Leadership and Management by Harvard University.Cikgu Wong has scored 99 marks in his SPM trial exams for Maths SPM, scoring A in both his SPM Maths and Add Maths papers. He is the best student of the Maths subject during his secondary school days. He was also the recipient of the “Most Improved Student” award.

He failed his Maths in Form 2, but a chance meeting with a great Maths tutor turned his life around. Under the guidance of his tutor, he invested tremendous effort and learnt the correct techniques to improve from G to A in less than a year. This gave him the realisation that a good tutor plays an important role in teaching.

Upon this, Cikgu Wong has decided to help more students to score A using his special method of teaching and will constantly share his inspiring story of improvement to students to motivate his student to become better versions of themselves.

  • Ivy League Diploma Graduate
  • From G to A Maths Student
  • Most Improved Student Award

Sejarah

Cikgu Rosle Yasin

Guru Cemerlang

Teaches Sejarah


Cikgu Rosle Bin Yasin berkelulusan Sarjana Muda sastera Dengan Kepujian (Universiti Malaya 1987) dan Diploma Pendidikan . Bergiat cergas mengendalikan bengkel dan seminar anjuran JPWP dan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat dan Sentul Wilayah di K.Lumpur. 

Pernah terlibat menghasilkan buku-buku latihan dan kerja dengan beberapa penerbit seperti Mega Setiamas, Arah Pendidikan, Longman Pearson dan Nusa Mas.

Hasil buku/ booklet 2019 :
Modul Latihan Kendiri Sejarah KSSM Tingkatan 1, Modul Latihan Kendiri Sejarah KSSM Tingkatan 3, Modul Pentaksiran Sejarah KSSM PT3, Koleksi soalan Objektif Sejarah Tingkatan 4 2019, Koleksi soalan Objektif Sejarah Tingkatan 5 2019 dan TARGET SPM 2019

Hasil buku / booklet 2020 :
Modul Latihan Kendiri Sejarah KSSM Tingkatan 2, Sejarah KSSM Tingkatan 4 Siri 1 hingga Siri 5, Koleksi soalan Objektif Sejarah KSSM Tingkatan 4 2020, dan Modul KSSM SPM Sejarah Tingkatan 4

Di atas sumbangan dalam bidang Pendidikan, beliau mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan pada tahun 2003, 2011 dan 2018

Science & Physics

Cikgu Heery

Sought-after Seminar Speaker

Teaches Science & Physics


5 Points Worth Sharing about the Heery:

  • An avid edu-blogger & seminar speaker.
  • More than 15 years of experience teaching pure Science subjects – Biology, Chemistry, Physics (PT3, SPM, IGCSE, O-Level)
  • Holder of Master of Education (OUM) & currently a prospective PhD candidate
  • Applies extremely effective Singapore/HK-style tutoring of essentialist pedagogy
  • Visit cikguheery.blogspot.com for more credentials

Accounting

Cikgu Sulaiza

Jurulatih Utama & Guru Cemerlang

Teaches Accounting


Cikgu Sulaiza mempunyai pengalaman mengajar selama lebih daripada 24 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia 1993) dan Diploma Pendidikan IPDA (1996). Sepanjang kursus perakaunan beliau, beliau telah menghasilkan keputusan yang cemerlang dan justeru itu, telah dinobatkan sebagai pelajar yang perbaik untuk kursus beliau. 

Sebagai seorang Guru Cemerlang DG 48, beliau memang dikenali ramai disebabkan oleh profil beliau yang mantap. Selaku seorang Jurulatih Utama Kebangsaan, Jurulatih Utama Negeri Melaka, dan Ketua Pentaksir Negeri Melaka Kertas 3 untuk subjek ini, beliau memang fasih dengan silabus Prinsip Perakaunan dan berkeupayaan untuk membantu pelajar di bawah bimbingan beliau mencapai keputusan SPM yang cemerlang. Pengalaman beliau yang terlibat dalam Panel Pembina Item Negeri Melaka juga merupakan satu kelebihan yang senantiasa dicari oleh ibu bapa yang ingin membantu anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

  • Jurulatih Utama Kebangsaan
  • Jurulatih Utama Negeri Melaka
  • Guru Cemerlang DG48
  • Panel Pembina Item Negeri Melaka
  • Ketua Pentaksir Negeri Melaka Kertas 3
  • Pengalaman mengajar 24 tahun
  • Berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia 1993)
  • Diploma Pendidikan IPDA 1996
  • Pelajar terbaik Kursus Perakaunan
  • Penceramah Teknik menjawab Prinsip Perakaunan sekolah Negeri Melaka
  • Penceramah untuk bengkel Prinsip Perakaunan SPM anjuran ACCA

Matematik Tambahan

Jamaliah

Cikgu Jamaliah

Guru Cemerlang

Teaches Matematik Tambahan


Cikgu Jamaliah atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Alia mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan selama 20 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Dengan Kepujian (Universiti Malaya 2001). 

Sebagai seorang Guru Cemerlang Matematik Tambahan, beliau sangat aktif memberi sumbangan sebagai Penceramah dalam banyak program bengkel kecemerlangan Matematik Tambahan di negeri Sabah semenjak Tahun 2011 sehingga kini. Beliau juga pernah terlibat sebagai Jurulatih Utama Matematik Tambahan Negeri Sabah, Panel Penggubal Item Kerja Projek Matematik Tambahan Negeri Sabah, Panel Penggubal Item Matematik Tambahan Negeri Sabah, dan Panel Penggubal Modul Matematik Tambahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Beliau juga aktif menghasilkan inovasi-inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan. Terkini, beliau aktif menghasilkan video-video Teknik Menjawab Soalan di Saluran YouTube bagi membantu pelajar mengulangkaji sendiri di rumah sepanjang PKP.

Pengalaman dan kepakaran beliau dalam subjek Matematik Tambahan telah membantu ramai pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. 

  • Berkelulusan Sarjana Muda sains dengan Pendidikan Dengan Kepujian (Universiti Malaya 2001)
  • Jurulatih Utama Negeri Sabah
  • Guru Cemerlang DG48
  • Panel Pembina Item Negeri Sabah
  • Pengalaman mengajar 20 tahun
  • Penceramah Teknik menjawab Matematik Tambahan (Sabah, Sarawak, Labuan)

Biology

Teacher in Saree

Puan Rama

Panel Pengubal Utama & Guru Cemerlang

Teaches Biology


Teacher Rama lebih dikenali sebagai “The Teacher in Saree” di dunia Biologi. Beliau berpengalaman mengajar Biologi selama 17 tahun di SM Sains Alam Shah dan masih sedang berkhidmat di sana sehingga kini. Teacher Rama berkelulusan Masters in Information Technology (Hons) University Malaya (2006) dan Bachelor in Science with Education (Hons) University Malaya (2003).

Bimbingan dan kepakaran beliau adalah antara faktor yang menjadikan subjek Biologi SM Sains Alam Shah antara 5 teratas di kalangan Sekolah Sekolah Berasrama Penuh dan juga No 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau pernah menjadi Guru Cemerlang Biologi dan merupakan penceramah pakar dalam Teknik menjawab Kertas 2 Biologi SPM. Beliau berpengalaman menanda kertas peperiksaan Biologi di pelbagai tahap. Kepakaran beliau terserlah dan boleh disaksikan melalui video video teknik menjawab kertas 2 Biologi di saluran YouTube “The Teacher In Saree”. Selain itu sumbangan beliau dalam penghasilan video Mudahnya Sains di Rumah diiktiraf oleh JPWPKL.

Teacher Rama fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran penyampaian yang santai tetapi mantap bukan sahaja membuktikan pengetahuan yang mendalam tentang subject matter Biologi tetapi juga kesungguhan beliau mengajar.

Beliau merupakan Jurulatih Utama ETEMS serta merupakan Jurulatih Negeri Kuala Lumpur bagi DSKP KSSM Biologi. Beliau juga berpengalaman  menganjurkan dan terlibat sebagai panel penyampai dalam forum forum berkaitan Biologi bagi guru guru Biologi di pelbagai media. Pemilihan beliau sebagai Jurulatih Utama Negeri berikutan penglibatan beliau secara langsung sebagai Panel Utama Pengubalan DSKP KSSM Biologi di Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepakaran dan sumbangan beliau dalam DSKP KSSM Biologi masih digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghasilkan pelbagai bahan Pendidikan Biologi sehingga sekarang.

  • Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
  • Berkelulusan Masters in Information Technology (Hons) University Malaya (2006) dan Bachelor in
  • Science with Education (Hons) University Malaya (2003)
  • Panel Pengubal Utama DSKP KSSM Biologi di Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pembina Modul Biologi KSSM di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPWPKL
  • Panel penyampai dalam forum-forum berkaitan Biologi bagi guru guru Biologi.
  • Penyumbang video Mudahnya Sains di Rumah di bawah naungan JPWPKL
  • Jurulatih ETEMS Negeri
  • Jurulatih Utama DSKP Kuala Lumpur
  • Guru Cemerlang DG44
  • Pakar teknik menjawab  Biologi Kertas 2
  • Content creator untuk subjek Biologi di YouTube (The Teacher in Saree)
  • Penceramah Teknik menjawab Biologi Kertas 2 di Kuala Lumpur

Chemistry

Cikgu Fauziah Sirat

Subject Specialist

Teaches Chemistry


Cikgu Fauziah, who has taught Chemistry for 18 years has a persona as a science storyteller. She incorporates storytelling into her lessons to make them interesting and memorable. 

“There are two things that science needs to do: The first is we need to talk about why, and the second is that we need to tell a story.” – Atif Kukaswadia, TEDxspeaker. This is the good news! Fauziah has both! She will remove your “Chemphobia” and make you love Chemistry! Not only you going to love Chemistry; but also to master and conquer the subject!

Perniagaan

Cikgu Nur Azwani (Cikgu Nur)

Cikgu Inovasi Pendidikan

Teaches Perniagaan


Cikgu Nur merupakan seorang guru akademik bagi subjek Perniagaan di Kuala Lumpur. Beliau memiliki Channel YouTube pendidikan ; CIKGU NUR TV yang mempertontonkan video-video pdpc bagi subjek Perniagaan dan Matematik. 

Beliau mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) -UKM serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan -UKM dan kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran pada tahun ini. 

Baru-baru ini Cikgu Nur telah dilantik menjadi Cikgu Inovasi Pendidikan bagi subjek Perniagaan di seluruh Malaysia dan Cikgu Inovasi Pendidikan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah kelolaan CikgooTube. 

Cikgu Nur sangat kreatif dalam membantu murid-murid terutama dalam mengingati fakta-fakta dalam topik Perniagaan dengan menggunakan kaedah lagu, flash card, story board dan pelbagai kaedah kreatif yang lain. Beliau juga fokus kepada teknik menjawab soalan dan mempunyai strategi tersendiri dalam membantu murid-murid mencapai sekurang-kurangnya Cemerlang bagi subjek Perniagaan. Beliau berpegang pada prinsip “Study Smart” dan “Fun Learning” untuk mencapai kejayaan.

Asas Sains Komputer & Sains Komputer

Cekgu Norazimah

Subject Specialist

Teaches Asas Sains Komputer (ASK) & Sains Komputer (SK)


Cekgu Norazimah atau lebih dikenali dengan panggilan CN di media sosial merupakan seorang cikgu sepenuh masa. Selain cikgu, beliau juga seorang blogger di http://www.cekgunorazimah.com dengan lebih 10 juta pelawat dan media social influencer dengan nama @cekgunorazimah.

Berpengalaman mengajar subjek Sains Komputer & ICT lebih 10 tahun. Cekgu Norazimah sentiasa meingatkan kepada pelajarnya bahawa Sains Komputer bukan sahaja untuk belajar, tetapi juga untuk kehidupan.

Berpegang pada prinsip sesuatu perkara itu akan menjadi mudah apabila kita bersungguh-sungguh melakukannya.

‘Sains Komputer Mudah dengan CN’

Ekonomi

Cikgu Jeya

Jurulatih Utama JPWP & Guru Cemerlang

Teaches Ekonomi


Cikgu Jeyakumar Govindan mempunyai pengalaman mengajar di sekolah harian kerajaan selama 26 tahun dan di kolej swasta selama 6 tahun di Kuala Lumpur. Kelayakan akademik tertinggi saya ialah Ijazah Sarjana Lanjutan (M.ED) dari Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Sosial pada tahun 1998, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ed.Hons) pada tahun 1989 dalam bidang pengkhususan Ekonomi Pentadbiran . Saya juga memegang Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Raja Melewar.

Saya mengajar matapelajaran Ekonomi Asas dari tahun 1989 hingga 2017 dan mula mengajar matapelajaran Ekonomi bermula dari tahun 2017 hingga kini. Setiap tahun peratusan kelulusan SPM bagi subjek Ekonomi di sekolah saya sentiasa melebihi 90% dan 2 tahun kebelakangan, iaitu pada 2018 dan 2019 memperolehi 100% lulus. Saya juga dengan bangganya memaklumkan 30% daripada calon matapelajaran Ekonomi SPM 2019 memperolehi gred A. Pada tahun 2010, 2016 dan 2019 saya telah menerima anugerah Panitia Cemerlang bagi subjek Ekonomi di sekolah. Saya juga menyandang jawatan Guru Cemerlang Ekonomi. Saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004 dan 2013.

Sebagai guru yang berpengalaman, saya dilantik menjadi Jurulatih Utama JPWP bagi subjek Ekonomi . Tugas saya sebagai Jurulatih Utama adalah untuk melatih guru-guru baharu, teknik mengajar subjek Ekonomi dan melatih guru-guru teknik menanda soalan esei Ekonomi . Selain itu, saya juga terlibat dalam menggubal soalan peringkat negeri. Saya menjadi menjadi penceramah teknik menjawab matapelajaran Ekonomi semenjak tahun 2000 sehingga sekarang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Testimonials from our Students

Join Telegram Group